Monday 22 September 2014

Posted by haslina On 07:41
Latar Belakang ~ Dr Tan Ai Mooi@Aimei ~
Dr Tan Ai Mei kini berkhidmat sebagai pensyarah kanan (taraf cemerlang) dalam bidang ilmu pendidikan di Instuitut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. Beliau berkelulusan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang analisis polisi dan perancangan pengajian tinggi dari Universiti of Western Australia, dan berijazah sarjana pendidikan dalam Pendidikan Bahasa dari Universiti Malaya.  Beliau memiliki 25 tahun pengalaman mengajar yang merangkumi sekolah rendah, menengah, termasuk institut pengajian tinggi swasta (IPTS)  dan Institut Pendidikan Guru (IPG).          
         Sebagai pemenang Anugerah Bronze Medal dalam Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi pada peringkat kebangsaan, Dr Tan telah banyak menghasilkan guru yang berketrampilan secara  head-on, Heart-on dan Hands-on (lihat www.sites.google.com/site/3happroach).  
Dr Tan merupakan pakar rujuk dalam bidang pendidikan yang merangkumi Falsaafah, Sosiologi, Psikiologi, Kepimpinan, Pengurusan bilik darjah, pengurusan murid termasuk profesionalsime kegurua. Kepakaran beliau yang lain  meliputi penggubalan kurikulum, penggubalan tugasan kerja kursus dan rubrik, (https://sites.google.com/site/ebuletinjipik2012)  serta bimbingan dan pembangunan guru secara berterusan.  Selain itu, beliau kerap dijemput sebagai panel dalam saluran media seperti  RTM 2 (What You Say) , Sin Chew dan Oriental Press untuk berkongsi kepakaran mengenai isu pendidikan, termasuk pengendalian kursus untuk peningkatan professionalism guru di sekolah dan pensyarah di institusi pendidikan tinggi.
Selain mahir dalam Bahasa Melayu, beliau mahir juga dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin. Beliau juga berpengalaman dalam pendidikan bahasa, termasuk kursus latihan guru sekolah Cina. Selain itu, pelaksanaan kursus anjuran di IPTS adalah tidak terasing kepada beliau, khususnya kursus twinning program, credit transfer dan the off shore program of University of London yang dikendalikan di Malaysia.
Beliau terkenal sebagai seorang penyelidik yang inovatif dan produktif. Kajian beliau  merangkumi pelaksanaan pendidikan serendah peringkat pra-sekolah dan sekolah ke peringkat pengajian tinggi, termasuk pendidikan di rumah (Home Schooling). Skop kajian beliau meliputi pengurusan disiplin, pedagogi, pentaksiran berasaskan sekolah, peningkatan profesionalisme guru termasuk semakan terhadap kurikulum IPG dan kajian terhadap dasar pendidikan dalam pelaksanaan.   Hasil kajian Dr Tan yang telah dijilidkan dalam buku meliputi:
  • Malaysian Private Higher Education:  Globalisation, Privatisation, Transformation and Marketplaces (Asean Academic Press, London, 2002)
  • 马来西亚私立高等教育——全球化、私营化、教育转型及市场化 (Kwangsi Teachers’ Training University Press, China, 2012)
  • The Heavy School Bag Issues Embedded In The Malaysian Chinese Primary Schools’ (Malaysia Strategic Information and Social Research Centr, 2006).
  • Panduan Kerja Kursus Ilmu Pendidikan: Idea Contoh dan Teori (Oxford Fajar,          
  • Petaling Jaya, 2010)
  • Are Our Teachers Ready for  School-based Assessment? – A Management Guide to SBA Co-titled asPentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Malaysia’( Kraf Budiman Enterprise,2010).