Kemantapan
isi kandungan teks dan keberkesanan dari segi penyampian merupakan fokus utama
dalam penulisan sesebuah buku akademik.Seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah, penulisan kandungan teks sesebuah
buku memerlukan perancangan dari segi: (i) Pemetaan kandungan secara menegak,
(ii) Pemetaan kandungan secara mendatar.
(i)
Pemetaan kandungan secara menegak
‘Pemetaan
kandungan secara menegak’ merujuk kepada perancangan penstrukturan kandungan
buku yang merangkumi liputan antara bab.
Pemetaan kandungan secara menegak mengambil
kira faktor seperti kesinambungan
kandungan merentasi bab dan
keberkesanan penulisan dari segi
penyampaian. Untuk memudahkan pemahaman pembaca, pematuhan kepada prinsip seperti ’dari dekat
ke jauh’, ‘dari konkrit kepada abstrak’, ‘dari mudah ke sukar’ biasa diamalkan dalampenstrukturan
kandungan antara bab,. Selain itu, bagi penulisansubjek sejarah, pematuhan
kepada urutan kronologi secara am
diamalkan. Sementara bagi subjek sains seperti Fizik dan Kimia, pertimbangan
kepada konsep dan aplikasi teori dalam amalan ditekankan. Manakala bagi subjek sains
sosial seperti Organizational Behaviour, satu ilustrasi dibentangkan dalam Jadual 1 di bawah [Rujuk: Lampiran 1].
JADUAL
1: ILUSTRASI PEMETAAN KANDUNGAN SECARA MENEGAK
(Title: Organizational Behaviour)
Chapter
|
Learning Objectives
|
Topics
|
Case Studies
|
Graphics
|
Questions
|
Special features
|
MS Pages
|
Printed Pages
|
Chapter 1 Introduction to Organizational Behaviour
|
To define Organizational Behaviour
|
- What is an Organization?
- What is Organizational Behaviour?
|
Opening case study
|
2 graphs
|
7 essay questions
|
- Margin notes at side column of text
- Self learning activity in between topics
- Suggested reading list at end of chapter
|
22
|
18
|
To explain why we study Organizational Behaviour
|
Goals of Studying Organizational Behaviour
|
|||||||
To
differentiate the three levels of analysis
|
- Basic Assumptions of Organizational Behaviour
- Three levels of analysis in Organizational
Behaviour:
-
Individual
-
Group
-
Organization
|
1 graph
1 table
|
||||||
-
To describe the history of Organizational Behaviour
- To describe the contribution of other
disciplines to Organizational Behaviour
|
- History of Organizational Behaviour
- Contributing Disciplines that shaped
Organizational Behaviour
|
1 table
|
||||||
To know about current Challenges in Organizational
Behaviour
|
- Organizational Behaviour in Global
Organizations
|
|||||||
Conclusion
|
Closing case study
|
3 case study questions
|
||||||
Chapter 2
Perception
& Learning
|
To define perception
To explain how two people
can see the same thing and interpret it differently
(1)
The
Perceiver
(2)
The
Target
(3)
The
Situation
|
What is Perception?
Factors Influencing Perception
|
7 essay questions
|
- Margin notes at side column of text
- Self learning activity in between topics
|
23
|
19
|
||
To explain the perceptual
process
|
Perceptual Process
|
1 flow chart
|
||||||
To differentiate the three determinants of attribution
|
The Attribution Process
|
- 1 flow chart
- 1 table
|
||||||
To describe how shortcuts
can assist in or distort our judgment of others
|
Commonly Perceptual Distortions
-
-
|
(ii) Pemetaan kandungan secara mendatar
Pemetaan
kandungan secara mendatar meliputi pemeringkatan
penstrukturan isi kandungan dalam sesuatu bab, serta pemusatan fokus untuk
meningkatkan keberkesanan penyampaian dalam
bab tersebut. Seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 2 di bawah [Rujuk: Lampiran 2], antara teknik yang digunakan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian isi
kandungan teks yang meliputi penggunaan
grafik, sorotan kajian kes, nota tambahan, dan senarai bacaan, termasuk mengemukakan
soalan
jenis reflektif, kritikal dan futuristik yang merangsangkan
pemikiran pembaca [Rujuk: Lampiran 3].
JADUAL
2: ILUSTRASI PEMETAAN KANDUNGAN SECARA MENDATAR
(Title: Organizational Behaviour)
Chapter
|
Learning Objectives
|
Topics
|
Case Studies
|
Graphics
|
Questions
|
Special features
|
Chapter 1
Introduction to Organizational Behaviour
|
To
define Organizational Behaviour
|
-
What is an Organization?
-
What is Organizational Behaviour?
|
Opening
case study
|
2
graphs
|
7
essay questions
|
-
Margin notes at side column of text
-
Self learning activity in between topics
-
Suggested reading list at end of chapter
|
Secara spesifik, ilustrasi dalam perenggan di
bawah bertujuan untuk memberi penerangan lanjut terhadap teknik-teknik yang
boleh digunakan dalam meningkatkan keberkesanan
penyampaian penulisan.
(a)Penggunaan
grafik –merangkumi penggunaan
peta minda, graficorganizer, rajah,
jadual, carta aliran serta penggunaan foto dan gambar. Seperti yang dibunyikan
dalam perumpamaan Barat, ‘A picture is worth
a thousand words’ . Dari segi perancangan bagi penulisan, ilustrasinya adalah
seperti yang berikut [Rujuk: Lampiran 4].
Contoh:
(b) Pembentangan kajian kes. Sorotan kes merupakan satu alternatif yang lain untuk mewujudkan
kesan pembelajaran secara autentik. Untuk memahami intipati sesuatu kes, pembaca perlu berfikir untuk mendalami ilmu.
Antaranya meliputi amalan berfikir seperti
membanding-beza, atau menghubungkait antara isi agar analisis dapat
dibuat. Selain itu, pembaca perlu berfikir secara reflektif dan pada aras tinggi
iaitu kemampuan berfikir secara bersintesis sebelum sesuatu rumusan dan
kesimpulan boleh dibuat secara bernas. Malah pembaca boleh ditanyakan soalan
berteraskan penyelesaian masalah. Kajian kes yang digunakan untuk ilustrasi boleh
disorotkan dalam bahagian tengah atau di penghujung sesuatu bab seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah di
bawah [Rujuk: Lampiran 5].
Contoh:
|
(c) Kemukakan soalan jenis reflektif – Penyoalan
secara reflektif secara tidak langsungdapat
membimbing pembaca menghubungkaitkan bacaan dengan pengalaman diri dan
dunia dalam realiti, lantaran memupuk
kepekaan terhadap isu dan kesedaran dalam diri pembaca untuk
penambahbaikan.
Contoh:
Contoh:
( (d) Sorotan nota tambahan – Nota tambahan boleh
ditempatkan pada penghujung sesuatu bab, atau pada penghujung sesebuah buku.
Tujuan sorotan nota tambahan adalah untuk memberi penerangan atua latar
belakang terhadap sesuatu konsep, hukum , teori ataupun tokoh demi meningkatkan
pemahaman pembaca [Rujuk: Lampiran 6].
(e) Penyenaraian bahan dan sumber yang berkait dengan isi kandungan: boleh diselitkan dalam ruangan bahagian tepi teks. Pendekatan ini secara tidak langsung dapat memupuk pembaca melanjutkan kajian dan pembacaan.
(e) Penyenaraian bahan dan sumber yang berkait dengan isi kandungan: boleh diselitkan dalam ruangan bahagian tepi teks. Pendekatan ini secara tidak langsung dapat memupuk pembaca melanjutkan kajian dan pembacaan.