Saturday 3 May 2014

Posted by haslina On 08:55
(ii)   Bahagian awalan sesebuah buku

Selain daripada sumbangan penulis,  usaha untuk mentransformasi hasil pena kepada penerbitan melibatkan  sumbangan daripada banyak pihak. Antaranya meliputi pelukis, penterjemah serta pihak lain yang menjadi  sumber atau aspirasi utama kepada penghasilan sesebuah karya, contohnya golongan anak didik dan responden kepada penulis yang terdiri daripada pensyarah atau penyelidik. Selain itu, bahagian awalan buku membentangkan Kata Alu-aluan [Rujuk: Lampiran 8] daripada tokoh-tokoh berautoriti dalam bidang ilmu atau pihak pemimpin yang memperlihatkan kuasa pengaruh terhadap sasaran pembaca.Oleh itu, bahagian awalan sesebuah buku  memuatkan  bukan sahaja sinopsis  buku [Rujuk: Lampiran 9] dan halaman pendahuluan [Rujuk: Lampiran 10] tetapi nota penghargaan [Rujuk: Lampiran 11]dan nota dedikasi [Rujuk: Lampiran 12] daripada pihak penulis kepada kesemua pihak yang menjayakan penerbitan sesebuah buku.

Secara ringkasnya, penulisan bahagian awalan buku merangkumi dua aspek: (i)  Aspek yang pertama meliputi nota dedikasi, kata alu-aluan atau dikenali sebagai prakata, termasuk penghargaan, dan (ii) Aspek kedua bermula dengan kandungan (TOC) termasuk senarai rajah dan lampiran, diikuti dengan muatan bagi halaman abstrak (jika ada) dan halaman pendahuluan (lihat  Jadual 5). Halaman pendahuluan menerangkan tujuan  dan sumbangan penulisan buku, termasuk penstrukturan dan liputan dalam buku.

Jadual 5:  BAHAGIAN AWALAN SEBUAH BUKU
Front Matter              Pages             MS (Word)     Ms (Word) in      Total (after cast off)
                                                                        (after cast off)     
                          TP                               (iii)
TV                               (iv)
Foreword                     (v-vi)
Preface                       (vii)
Acknowledgements        (viii)
Contents                      (ix) – (xiv)
Abstract                      (xv)                15 pages          13  pages