Saturday 3 May 2014

Posted by haslina On 09:02

(i) Bahagian Akhiran sesebuah buku

Sebagai penanda aras kesarjanaan seorang penulis,  satu senarai bagi segala sumber rujukan yang telah digunakan dalam penulisan perlu dimuatkan dalam bahagian akhiran buku.Antara bahan rujukan ini meliputi buku , jurnal, akhbar, ensiklopedia serta bahan maya dalam pelbagai bentuk yang telah memanfaatkan penulisan buku. Bagi penulis yang mendalami  bidang ilmu yang ditulis, sebagai amalan profesional , senarai penulisan  oleh  orang yang berautoriti dalam bidang berkenaan akan turut dimuatkan . Dalam hal ini, istilah bibliografi 
 [Rujuk:Lampiran 13] digunakan untuk membezakan konsep senarai rujukan [Rujuk:Lampiran 14]

Bagi  penerbit yang berpengaruh pada peringkat antara bangsa, misalannya Sage, Oxford dan Cambridge Press dari Britain, Asian Academic Press di rantau Asia,  atau Chicago University Press dari US, pada dasarnya penerbit-penerbit tersebut  mewajibkan penulis buku untuk menghasilkan indeks  [Rujuk Lampiran 15] pada penghujung buku.  Indeks  merupakan kompas kepada pembaca untuk mendalami ilmu dan  merangkumi penyenaraian konsep, hukum, teori, termasuk nama  tokoh dan autoriti ilmu yang  dibincangkan dalam kandungan teks.

Jadual 6:  BAHAGIAN AKHIRAN SEBUAH BUKU
Back Matter 
 
Explainatory Notes                              10 pages          8 pages
Reference                                            5 pages          3 pages
Appendices                                        10 pages          10 pages
Index                                                 16 pages          8 pages                    16 pages