Wednesday 23 July 2014

Posted by haslina On 01:53
Malaysian Private Higher Education:  Globalisation, Privatisation, Transformation and Marketplaces (Asean Academic Press, London, 2002)

Buku ini memberi penjelasan termasuk  analisis terhadap transformasi yang dialami dalam sistem pendidikan tinggi swasta di Malaysia, iaitu dari satu model transnational kepada satu model industri dalam negara dan satu pasaran dalam rantau Pasifik (1980an – 2000).

Penulisan ini menjelaskan pengendalian kursus negara Barat di Malaysia yang merangkumi twinning program dari ‘1+2’ ke ‘2+1’, dan kepada model ‘3+0’ serta transformasinya menjadi satu pusat pendidikan di rantau termasuk sumbangan kepada negara Malaysia dari segi pengisian sumber manusia dan pendidikan tinggi swasta menjadi satu eksport dan pengganti import kepada negara.

Buku ini memberi satu pengertian yang mendalam kepada pengurus dan penggubal dasar baik dalam negara mahupun pengusaha pada peringkat antarabangsa mengenai model pendidikan tinggi swasta Malaysia yang telah dibentuk oleh reformasi pendidikan tinggi di Britain dan Australia termasuk desakan globalisasi dan penggubalan dasar di Malaysia.

Impak buku ini dapat dilihat sebagai:
(i)           Buku rujukan dalam perpustakaan pengajian tinggi dalam  negara termasuk negara maju seperti Amerika, Britain, Australia, dan Jepun.
(ii)         Buku ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Cina dan dijilidkan sebagai koleksi buku rujukan untuk pengajian tinggi dalam rantau Asean.
(iii)       Buku ini merupakan buku rujukan utama baik kepada pelajar pasca siswazah dalam negara mahupun di luar negara mengenai latar belakang dan perubahan yang berlaku dalam pendidikan tinggi swasta di Malaysia hasil daripada kesan perubahan dasar dalam negara, dan perubahan dalam perkembangan sistem pendidikan tinggi di Australia dan Britain.
Buku ini adalah dalam senarai jualan terkini Amazon.com