Saturday, 3 May 2014

Posted by haslina On 07:47
Keperluan untuk pensyarah di IPG menjalankan penyelidikan, berkongsi kepakaran dan hasil kajian menerusi penerbitan buku merupakan satu langkah positif untuk memartabatkan profesionalisme keguruan. Secara tidak langsung, galakan tersebut menyumbang juga kepada amalan dan penghayatan budaya ilmu dalam kalangan pensyarah di IPG.  Penerbitan panduan ini ialah untuk memberi satu gambaran kepada pensyarah terhadap proses secara am, dan pelbagai peringkat secara khusus, yang terbabit dalam menjayakan usaha untuk menerbitkan sesebuah buku akademik.  

Penerbitan sesebuah buku meliputi pelaksanaan penulisan dalam 4  peringkat, iaitu:
  1. Perancangan terhadap liputan isi kandungan teks, termasuk penstrukturan isi kandungan yang berkaitan secara berkesinambungan dalam bab, bahagian dan keseluruhan buku.  Sejajar dengan itu, keberkesanan penyampaian juga diberi perhatian. Usaha berkenaan dikenali sebagai Penstrukturan Isi Kandungan Secara  Mendatar (dalam bab) dan Penstrukturan Isi Kandungan Secara  Menegak (iaitu termasuk keberkesanan penyampaian merentasi bab dan bahagian). 
  2. Penetapan tajuk dan halaman termasuk penulisan Bahagian Awalan buku yang merangkumi isi kandungan (Table of Content -TOC), nota penghargaan, nota dedikasi, dan kata alu-aluan.
  3. Penulisan Bahagian Akhiran buku meliputi nota tambahan, senarai rujukan atau bibliografi, lampiran dan  indeks. 
  4. Reka bentuk kulit hadapan dan belakang buku, termasuk sayap buku yang dikenali sebagai blurts.

Kebanyakan ilustrasi dari segi panduan perancangan adalah dibentangkan dalam versi Bahasa Inggeris, manakala ilustrasi dari segi penulisan secara am adalah dibentangkan dalam versi Bahasa Melayu dalam bentuk lampiran (boleh dicapai dengan menekan KLIK pada paparan laman).