Showing posts with label Kulit Buku. Show all posts
Showing posts with label Kulit Buku. Show all posts

Saturday, 3 May 2014

Posted by haslina On 09:46
Sayap Buku (Blurts)
Sayap adalah bahagian tambahan bagi kulit buku. Kebanyakan buku tidak mempunyai sayap. Justeru, maklumat yang termuat dalam bahagian sayap hadapan dan belakang buku dikenali sebagai blurts. Blurts berfungsi sebagai daya penarik kepada pembaca dan mengandungi maklumat asas seperti biodata penulis, ulasan buku termasuk senarai penerbitan karya penulis yang lain pada sayap hadapan buku.






Posted by haslina On 09:42
(i)            Tulang Belakang Buku (Spine)


Mengandungi maklum balas seperti judul buku, nama penulis dan logo penerbit. Foto di atas memberi illustrasi tentang pelbagai rekabentuk tulang belakang buku. 



Posted by haslina On 09:35
(i)            Kulit Belakang

          Mengandungi butiran seperti sinopsis, biodata pengarang dan kod jalur (ISBN). Liputan yang lain meliputi ulasan atau komentari oleh pihak yang berpengaruh seperti wakil  berautoriti dalam bidang ilmu buku yang ditulis, ataupun pihak yang boleh memberi perakuan kepada sumbangan yang dibuat oleh penulis.


Posted by haslina On 09:27
(i)            Kulit Hadapan

          Maklumat asas yang terkandung dalam kulit buku meliputi butir tajuk buku, nama penulis dan  penerbit. Namun begitu, jika hasil penerbitan buku adalah produk daripada usaha penyunting dan penterjemah, maka nama penyunting dan penterjemah adalah sama penting dengan penulis.


Posted by haslina On 09:09



Selain daripada bahagian teks, bahagian awalan dan bahagian akhiran buku, kulit buku juga merupakan satu bahagian yang diberi fokus yang rapi oleh penerbit.Bahagian kulit buku merupakan bahagian pertama yang pembaca akses bagi sesebuah buku. 

Pada dasarnya isi kandungan kulit buku memaparkan perkara-perkara yang memberikan maklumat asas kepada pembaca.  Menerusi reka bentuk dan kreativiti dalam penggunaan bahasa, fon dan kesan grafik, kulit buku berfungsi  sebagai  daya penarik  untuk merangsangkan pembaca membuat akses lanjutan kepada bahagian lain dalam buku.  Secara khusus, kulit buku terdiri daripada: