|
En Shaari bin Osman Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas |
Penerbitan
hasil kajian Dr Tan Ai Mei yang berjudul ‘Panduan Penerbitan Buku Akademik: Ilustrasi
Perancangan dan Penulisan’ memang menepati
masa dan dialu-alukan. Penulisan kajian dan penerbitan buku akademik di IPG Kampus Ilmu Khas kini
menjadi budaya memandangkan semakin hari semakin ramai pensyarah yang menggembelingkan
usaha secara individu mahupun secara kumpulan untuk berkecimpung dalam
penulisan demi perkongsian keperihatinan dan kepakaran menerusi penerbitan.
Di sini, ingin saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Dr
Tan Ai Mei bersama-sama rakan arktiteknya iaitu
En Chia Chiow Ming sebagai penyunting dan Pn Haslina Bt Hassan sebagai teknokrat inovatif yang telah merealisasikan perkongsian
ilmu dalam panduan ini secara
berpendekatan elektronik yang bercirikan 3D. Penerbitan panduan ini secara pendekatan
elektronik membekalkan kami warga di IPG satu
penandaras (benchmark) mengenai penerbitan
yang bercirikan TMK – inovasi dari segi perancangan, ilustrasi dan penerbitan, lebih-lebih lagi peranan kami di IPG bukan sahaja sebagai pengamal ilmu lagi, tetapi
juga selaku penjana dan penyebar ilmu yang boleh bersifat 3D juga.
Bagi saya, panduan penerbitan ini adalah eksplisit dari segi penerangan, dan
secara hands-on. Ilustrasi diberi bukan sahaja merangkumi panduan
dari segi perancangan dalam Bahasa Inggeris, malah menerusi butang ‘klik’
sahaja pembaca akan memperoleh ilustrasi penulisan
secara 3D dalam Bahasa Melayu. Selain itu, ilustrasi yang diberi secara
imej, grafik dan huruf merangkumi reka bentuk dan kandungan bagi bahagian
kulit, sayap kulit termasuk bahagian awalan yang termasuk halaman pendahuluan, nota-nota bagi
penghargaan dan dedikasi. Contoh ilustrasi tentang perbezaan konsep antara senarai
rujukan, bibliografi dan indeks juga disertakan. Tip-tip dalam bentuk teknik-teknik yang boleh diguna untuk
merangsangkan pemahaman pembaca juga diperjelaskan
oleh Dr Tan dalam penerbitan panduan ini. Antaranya ialah sorotan kajian kes,
nota tambahan, penggunaan jadual, rajah, grafik, serta penyoalan kepelbagaian yang
merangsangkan.
Panduan ini juga memuatkan e-Buletin yang diusahakan oleh Dr Tan dengan rakan-rakan sejawatnya dari JIP pada tahun 2012. Satu
langkah ke hadapan ialah e-Blog ini memuatkan juga pengenalan terhadap 5 buah buku akademik
yang telah diterbitkan oleh Dr Tan pada peringkat dalam dan di luar
Negara. Yang sangat membanggakan kami
warga IPGKIK ialah penerbitan Dr Tan, khususnya buku beliau yang berjudul ‘Malaysian Private Higher Education:
Globalisation, Privatisation, Transformation and Market Places’ bukan
sahaja diberi perakuan pada peringkat
antara bangsa oleh Asean Akademik Press dan Amazon.com pada tahun 2002
sehingga kini, malah satu dekad selepas penerbitan buku berkenaan (iaitu pada
tahun 2012) buku itu diterjemahkan oleh sarjana dari Universiti di China dan diklasifikasikan menjadi antara buku rujukan
utama terhadap kajian pendidikan tinggi di Rantau Asean. Sehubungan itu, Dr Tan
berkongsikan pengalaman dan kepakaran beliau dalam pendidikan guru menerusi penerbitan buku yang berjudul ‘Panduan
Kerja Kursus Ilmu Pendidikan: Contoh, Idea dan Aplikasi Teori’. Buku ini
mencerminkan bagaimana idea dan teori-teori pendidikan yang pelbagai boleh
digunakan dalam menjayakan pelbagai peranan yang dipertanggungjawabkan ke atas guru
di sekolah. Penerbitan buku yang lain meliputi kupasan isu terhadap ‘Kesediaan
guru di Malaysia dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah’ serta Isu ‘Beg
Sekolah yang Berat’ yang dihadapi oleh murid di sekolah rendah aliran Cina di
Malaysia. Penerbitan buku berkenaan merupakan penerbitan buku akademik
memandangkan kupasan isu adalah berpandukan data empirikal, manakala
pembentangan konsep membabitkan perbincangan secara intelek yang
berteraskan penggunaan sumber dan perspektif yang pelbagai. Malahan pandangan
yang dikemukakan adalah berteraskan bukti dan analisis yang kritikal, serta perbincangan
isu yang bernas dan rumusan yang bersifat sintesis yang menggalakkan renungan.
Sebagai Pengarah IPGKIK, saya amat bangga dengan usaha dan
inovasi yang ditunjukkan oleh Dr Tan Ai Mei dengan ahli pasukannya. Penerbitan
ini jelas menunjukkan kepakaran, keperihatinanan dan sumbangan Dr Tan dalam melonjatkan status IPG yang dapat
disamatarafkan dengan IPTA yang lain dalam Negara. Lebih-lebih lagi penerbitan
ini memberikan kita para pendidik di IPG
satu penanda aras dan perangsang untuk terus berusaha dan terus berinovatif melalui pendekatan elektronik.
Akhirnya, seperti yang diberi penekanan dalam bahagian ‘Etika Penerbitan’ dalam panduan ini, ‘….
penulisan dan penerbitan buku akademik yang bermutu merentasi perbuatan sekadar
penerangan konsep dan fakta.’ Ia memerlukan huraian terhadap fakta dan hubung
kait antara ilmu yang memberi pembaca satu gambaran yang jelas terhadap skop
penulisan yang difokuskan. Perbuatan seperti ‘cut and paste’ dan pembentangan konsep yang bersifat ideological ‘bias’, iaitu bersifat melabel dan
mengecam terhadap perspektif yang lain tanpa perbincangan yang bernas, mendalam
dan menyeluruh seharusnya mempunyai batasan seperti perumpamaan yang berbunyi ‘Knowledge
is power’ dan ‘A pen is mightier
than a sword’. Biarlah kita
sama-sama menulis dan memperbanyakkan penerbitan secara inovatif dengan terakru
kepada prinsip kesarjanaan dan etika penerbitan. Usaha ini bukan sahaja menyumbang
kepada peningkatan status IPG sebagai IPTA, tetapi status pensyarah sebagai penjana ilmu yang menyumbang kepada
pembangunan pendidikan dalam Negara.