Friday, 1 August 2014

Posted by haslina On 07:44
______________________________________________________
 PENERBITAN BUKU AKADEMIK
: Panduan Perancangan dan Ilustrasi Penulisan 
______________________________________________________ 


1.0  PENGENALAN

2.0   KANDUNGAN DAN PERANCANGAN PENULISAN
               ·         Secara Menegak
               ·         Secara Mendatar

3.0   PENSTRUKTURAN  BUKU SECARA MAKRO
               ·         Bahagian Teks Buku
               ·         Bahagian Awalan Buku
               ·         Bahagian Akhiran Buku

4.0   BAHAGIAN KULIT BUKU
               ·         Kulit Hadapan
               ·         Kulit Belakang
               ·         Tulang Belakang Buku (Spine)
               ·         Sayap Buku (Blurts)

5.0   ETIKA PENERBITAN





























Wednesday, 30 July 2014

Posted by haslina On 09:46
Penerbitan buku akademik adalah satu usaha dan sumbangan yang mulia. Usaha berkenaan menyumbang kepada sintesis ilmu yang sedia ada, dan penjanaan ilmu yang baharu. Jadi sebagai seseorang profesional yang bertangggungjawab, seorang penulis perlu memberi perakuan kepada segala bahan dan sumber yang dirujuk dalam penulisan buku. Selain itu, sebagai pematuhan kepada kod etika kesarjanaan, perbuatan plagiarisme atau amalan meniru seperti ‘cut and paste’ perlu dielakkan.  Sehubungan ini, secara dasar penulis perlu memastikan penguasaan ilmu yang mantap dalam bidang ilmu yang ditulis. Penulisan buku akademik menuntut perbincangan fakta, dan hujah berpandukan kesahan data yang terdiri daripada hasil kajian empirikal dan rujukan yang dibuat terhadap teori dan hukum, termasuk kajian lanjutan terhadap sesuatu gejala.

Jelaslah di sini penulisan akademik yang bermutu perlu melampaui pembentangan konsep, hukum dan teori secara deskriptif. Rumusan dan interpretasi terhadap sesuatu aspek ilmu perlu berasas dan bukan sekadar berpandukan pandangan peribadi atau pandangan satu dua orang  tokoh. Perbuatan ini menunjukkan amalan penulisan yang tidak diingini, khususnya amalan plagiarisme dan amalan sikap atau pendirian yang bias atau prejudis dalam memberi  ‘judgement’ terhadap sesuatu aliran ilmu. Perbuatan ini dikenali sebagai ideological bias.  Amalan ini dikatakan tidak diingini sebab bukan sahaja salah bimbing pembaca maah meninggalkan kesan negatif kepada pembaca dari segi amalan pemahaman dan persepsi yang stereotaip. Sehubungan ini, sebarang kerja menyalin seperti ‘cut and paste’ atau membuat interpretasi tanpa mendalami ilmu dalam bidang penulisan dianggap amalan yang kurang beretika.



Wednesday, 23 July 2014

Posted by haslina On 04:14
马来西亚私立高等教育——全球化、私营化、教育转型及市场化 (Kwangsi Teachers’ Training University Press, China, 2012)

Buku saya yang bertajuk “Malaysian Private Higher Education: Globalization, Privatization, Transformation and Marketplaces” (2002, Asean Academic Press, London)  diterjemahkan ke dalam Bahasa Cina pada tahun 2012 oleh ahli akademik dari China dan diklasifikasikan sebagai antara satu bahan rujukan untuk kajian pengajian tinggi di rantau Asean di negara China.

Saya terlibat sebagai penulis dan penyunting kepada terjemahan buku tersebut. 
Posted by haslina On 04:12
The Heavy School Bag Issues Embedded In The Malaysian Chinese Primary Schools (Malaysia Strategic Information and Social Research Centre, 2006).

Penulisan ini memenangi Anugerah Cemerlang bagi Kumpulan  Hasil Kajian Akademik dalam Pertandingan Penulisan anjuran Persatuan Hokkien di Malaysia dengan hadiah RM3000 untuk penerbitan buku. Impak buku ini boleh dilihat dalam ia memecahkan rekod penerbitan penulisan hasil kajian yang melibatkan  jualan 7000 buah menerusi tiga cetakan dalam tempoh 2 bulan.
Buku ini memberi penjelasan tentang latar belakang kewujudan dan perkembangan sistem pendidikan aliran sekolah Cina di Malaysia dan transformasi peranannya dari menekankan penghasilan insan murid yang lengkap dari segi perkembangan JERIS dan modal budaya kepada satu sistem di mana kalangan murid menjadi ‘abdi’ kepada pengerjaan buku kerja dan pembelajaran yang sekadar menekankan pengisian gred dan keperluan peperiksaan.

Ringkasnya penulisan ini menjemput renungan dibuat terhadap hala tuju dan misi penubuhan sistem persekolahan aliran Cina di Malaysia.